# Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
# Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
# Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
# Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
# Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.
# Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. (sebab tuh kena sebut Alhamdulillah, syukur sebab tak jalan terus....bukan sebut pardon me or excuse me..)
# Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
# Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.
# mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.
# Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.
# Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.
# Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.
# Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.
# Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.
# Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.
No comments:
Post a Comment